Wednesday 14 November 2012

Akhir dan Awal...

salam semua....sedar tak sedar kita berada di penghujung tahun 1433..di penghujung tahun islam...hari ni buku report card kita akan ditutup...semoga ianya ditutup dengan indah dan insyallah mohon ianya bermula dengan yg lebih baik lagi...

sekadar untuk berkongsi...


Doa Akhir Tahun

Bacalah doa ini sebanyak tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, dilakukan selepas waktu asar atau sebelum maghrib pada 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah Swt.




Doa Awal Tahun

Bacalah doa ini tiga kali ketika masuk tahun baru iaitu 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai mukmin memohon kepada Allah Swt. agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepadaNya.



No comments: