Thursday, 25 April 2013

demam Gwiyomi...

huhuhuhu..lately semua diserang demam gwiyomi...ada yg comel..ada yg sumpah macam aku nak lempang je muka yg buat tu..hahahha..

sekarang ni gi mane..dlm fb la twitter la sebok sakan pasal fenomena ni...b4 ni kan gangnam style..pastu harlem shake la..ni yg terkini Gwiyomi...

korang tau tak Gwiyomi tu mende? kalau dari slang korea maksud dia comel atau cute...Lagu gwiyomi asalnya dari band K-Pop..kalau tak sialp BtoB (Born to Beat)...Tajuk asal Gwiyomi Player (pemain comel).

Benda ni stat popular bila ada yang letak kat dlm youtube..so ubah sikit lagu tu..then terus popularrrrrrrrrrr....dengau nyer bukan setakat kat mesia..kat thailand...filipina ..singapore pun sebok pasal fenomena gwiyomi ni! giler kentang!!

ni aku letak gwiyomi yang super comel dan sumpah rasa nak lempang!!


ni super comel




yang ni aku rasa nak lempang2 je muka dia!!lawakssssssss


Saturday, 20 April 2013

Jika kita sentiasa jujur..tentu semua orang suka...

LEBIH BAIK BERCAKAP JUJUR YANG MUNGKIN MENYAKITKAN HATI SESEORANG DARIPADA MENIPU YANG BOLEH BUAT SESEORANG TERSENYUM...

Friday, 19 April 2013

Tak perlu....

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|



Tak perlu mencari teman secantik BALQIS andai diri tak sehebat SULAIMAN.

Tak perlu mencari seteguh IBRAHIM andai diri tak sekuat HAJAR.

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF jika kasih tak setulus ZULAIKHA.

Mengapa didamba teman berdamping sehebat KHATIJAH andai diri tak sesempurna
RASULULLAH s.a.w.

Keek...

lately ramai citer pasal keek..ni kira sosial media terbaru la..melalui Keek ni pengguna boleh upload dorang nyer video status update..so lepas dorang amik video guna webcam/smart phone leh terus upload la..kalau instagram lebih pada PHOTO..so keek ni lebih pada VIDEO...tapi user lain still leh post comment semua...


so korang da ada keek lum??sbb skang jadik trend retis2 ni berkongsi video2 ngan peminat..suka tgk tomok nyer keek..biasaaaaaaaaaaaaaa dia! biasaaaaaaaaaaa dia..comel giler muka anak dia!

so kalau korang lum ada lagi account leh register kat sini http://www.keek.com/ tp bila ada account keek jgn korang post yg bukan-bukan..gedik-gedik..ape ko hingat ko retissssssssssss??? hahahaha

Thursday, 18 April 2013

Perfect365..waaaaaaaaa

apps baru yang aku explore ialah Perfect365..maybe korang da guna...sebab almaklum la aku kan selalu lambat update...huhuhu..ni gara-gara tgk insta si fynnjamal..dia godek muka si juna ngan laki dia..wa wa weee....

baru tau rahsia testimoni produk2 kecantikan sekarang...kalau pakai photoshop nampak sgt edit..tapi bila korang pakai perfect nampak cam real...so wonder la pic testimoni product2 ni cun..huhuhuhu...

serba sedikit pasal perfect365 ni kalau korang nak tau...


One-Click Makes Perfect
  • Refine portrait photos with one click and get perfect results.
  • Over 30 preset style templates for you to choose from. More will always be added with updates!
  • Apply styles according to the occasion.
  • Easy and fun!

Auto Multi-Face Detection
  • Automatically detect Up to 20 faces in a photo.
  • Our software even detects slightly tilted heads or faces covered with sunglasses.
  • For some special photos, press "adjust key points" button if portraits are not detected perfectly.

Full control
  • To make up or beautify face based on the four parts: Skin, Face, Eyes and Mouth.
  • Full control of customization. Adjust the intensity of effects, such as skin foundation, eye color, and teeth whitening.

Share with Fun
  • Click the "I love it" button to add refined photos to My Favorites folder & keep them forever in Perfect365® .
  • Show make-up effects in a slideshow with multiple theme templates.
  • Save your virtual makeover and upload photos directly onto Facebook, Twitter or Flickr.

kak ton da cuba...anda bila lagi..conclusion nyer...bio la jadik diri sendiri kan...the beauty is not the size of your jeans but the size of your heart..insyallah..cantik hati cantik la semua nya..renung-renungkan...selamat beramal..








Azab Wanita..takutnya.....

artikel ni aku copy paste dr FB..sekadar renungan..boleh di ambil ikhtibar..sbb ada yang jadik pun depan mata aku pun ada..huhuhuhu...artikel ni khas aku tujukan pada semua kaum perempuan dan diri aku sendiri...

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis.

Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya."

Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis....


Tuesday, 9 April 2013

PLUS SIZE does not matter!!



hallooooooo semua....well...ceriakan hari anda dengan senyuman!uhhuhuhuhuhu...korang baca paper tak lately ni citer pasal kes bunuh diri kat malaysia ni semakin meningkat...erm..perempuan pulak tergolong dlm group yang berpontensi tinggi nak bunuh diri! pergh...agak pompuan ni stress sebab environment yang menstresskan dorang kot..

Sebab certain pompuan ni ade sebok stress pasal diri dorang sendiri such tak suka tgk diri sendiri gemok la ape la..nak kurus la ..makan pil ni pil tuh..last last tak berjaya terus nak bunuh diri! orang kat somalia tak cukup makan kita kan sini yang banyak makan pun sebok nak kurus kurus..

Sebab PLUS SIZE pun leh happy ape..as long korang nyer life style sihat..GEMUK tak semestinya sakit..KURUS tak semestinya sihat!! kadang2 gelak sorang bila terbaca one of my fren nyer status kat fb ' camne nak turun kan berat badan ek' What u expect ko nak slim melim cam model?? dah la ko baru lepas beranak..then beranak yg nom 2..then rapat plak..and one more thing b4 beranak pun ko takde la kurus mane kan..so sekarang ko pening2 nak badan selim melim...

Lepas wat status camtu..ape lagi melambak la org komen..yang mane2 terlibat dlm MLM semua time ni la amik kesempatan komen kat status dia..beli produk A la..minum la produk xyz...cube try test produk K..etc..etc..etc...erm...susah ek nak cakap..apesal bila ko gemuk ko tak happy ke??ko tak leh pakai kasut tinggi??handbeg ko dah bertukar kepada beg plastik ke ape?? baju dah takde ke sampai kene pakai kain guni?? lawakssss laaaa..nak je aku cuci org2 macam ni! takde self motivation langsung!!




Jangan sempitkan kotak pemikiran korang dengan alasan "ala...gemuk tak leh pakai lawa2"..please la....plus size person pun boleh bergaya ok!! jangan korang tau camne nak berpakaian...even korang punyer hips ke..butt ke besar still boleh good look...

Memang clothes untuk plus size ni very limited...tapi kalau nak cari boleh je..brands yang imported semua ader size++ up to UK 18-20..means still ader baju yang lawa2 untuk golongan macam ni...jangan bila badan kita besar...kita rasa frush dan kita rasa down sangat sampai kita punya outfit pun cam makcik2...

Kalau korang rasa korang susah nak cari clothes yang boleh fit exactly badan korang jangan luper skinner group jugak hadapi masalah yang same...dengan sikit tricks dalam berfesyen boleh increase confident level korang and automatically boleh turn into one sexy style....stylo beb!!

Bila sentuh pasal bab berfesyen bagi group plus size bukan hanya point pada clothing semata-mata...so dia akan selari dengan accessories + shoes +bags...kalau korang pilih outfit dan accessories yang kurang bijak, so akan distract korang punya penampilan... setiap pompuan akan nampak so stunning + elegant depends pada outfit yang betul even kita dari group PLUS SIZE ok!

So kat sini aku kasik tips sikit...kadang2 aku follow...tapi this is 2012 years...dan bila kita mix n match something it turn to look great!!

BERTUBUH RENDAH
Let say korang dari group ni, perlu berhati2 1 je perkara...dont ever ever ever pakai outfit yang berjalur-jalur (horizontal lines)...better korang pakai stripes yang vertical (ke bawah) yang boleh buat korang look taller + thinner.. kalau cari lines yang berwarna kontra atau serong juga boleh buat kita nampak slim...ni trick yang biasa...

Kalau pilih TOPS, elakkan pakaian yang bermotif/corak terlalu banyak. Kalau korang tak nak badan melebar,pilih pakaian yang mempunyai motif kecil..huuhuh..Then elakkan pakai ITEM BESAR...Means that...jangan suka pakai baju yang besar..loose2...sebab outfit ni nampak korang lagi besar...kebanyakkan dari kita silap...bila kita berbadan curves kita selalu pakai baju yg agak terllau besar..bende2 ni buat kita lagi kembang..

BERTUBUH GEMPAL
Warna biru navy,hitam atau merah tua akan membuatkan korang lebih langsing. Untuk tampil ’slim n chic’, dont ever ever ever memilih baju longgar utk menyembunyikan lemak di badan. Baju berleher V boleh membuatkan korang nampak lebih kurus. Untuk pemilihan beg tangan, pilih aksesori berbentuk segiempat agar memberi efek lebih ringan. Kasut platform yang sangat tebal tidak sesuai untuk korang. Boleh je pakai tapi jangan la tebal cam kapallllllllllllllll....tapi better pakai kasut bertumit ramping...dan pastikan ianya selesa...

BERTUBUH BESAR DI BAHAGIAN ATAS
Kalau nak pakai jaket, seelok elok nyer plih la jaket panjang tanpa span di bahu untuk menyeimbangkan bahagian atas dan bawah badan. Elakkan blaus/kemeja berpotongan ‘ruffles’ atau ‘detail’ yang keterlaluan. jangan over yer kak!!Tops berpotongan silang boleh kasik nampak korang lebih ramping sikit. Kasut bertapak rata (platform/ wedges) merupakan pilihan yang baik.

Tgk pic ni...smart je kan...even BIG SIZE still look stunning...


collagen??

Rumpai laut bukan collagen tp membantu pembentukan collagen dlm badan??? satu artikel yang berguna..cuba baca dan pahami..ingat rumpai laut is rumpai laut..collagen is collagen...ia hanya sumber yang MEMBANTU PEMBENTUKAN collagen dalam badan...

Berikut artikel yg aku copy paste dari website TSM

Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi inilah pendirian TSM sejak dari dulu lagi. Meskipun kami menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak, kami tetap degan pendirian kami. Kebenaran tetap akan kami dedahkan. Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. Dalam membongkar kebenaran, kami tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu.

Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian.

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen.

Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kueh agar-agar.

Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini meningkat.

Ia mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan cantik dan licin terutamanya golongan wanita. Seperti biasa masyarakat mudah tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang cuba mengelirukan pengguna. Pencarian TSM tidak menemui apa-apa maklumat tentang kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat ini tiada kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen. Malah zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana mereka boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik?

Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah. Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan.

Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua situasi yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone' dalam keadaan kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan gelap dan kusam manakala gambar 'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan cahaya terang (overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'. Ia tidak memerlukan manipulasi digital menggunakan perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas suatu bentuk penipuan. Bagi TSM dan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, ia tentu mudah untuk dijelaskan.


Penghaslilan Produk

Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin).

Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda.

Hari ini, sudah ada pengusaha produk minuman mendakwa minuman mereka mengandungi kolagen...inilah salah satu perkara yang paling melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia juga mungkin penipuan terbesar abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman.

Jika anda ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar.


Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen

Kolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi.

Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara."

Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.

Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur.


Ingat Cantik, ingat vitamin C.

Monday, 8 April 2013

ABPBH 2012


tengok tak semalam??? paling best part ni la...bila tgk parodi ni teringat parodi TTC kat bandung ari tuh...uhuhuhuhuhu..

so keputusan akhir yang diundi peminat-peminat semua:

1. Artis Baru Lelaki Popular - Aiman Hakim Ridza > aku da jangka dia menang
2. Artis Komedi Wanita Popular - Didie Alias
3. Artis Duo/Berkumpulan Popular - Black & Malique
4. Pengacara TV Lelaki Popular - Datuk Aznil Nawawi
5. Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana > aku da jangka dia menang
6. Pelakon TV Lelaki Popular - Aaron Aziz > aku da jangka dia menang
7. Artis Baru Wanita Popular - Wawa Zainal > aku da jangka dia menang
8. Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana > aku da jangka dia menang
9. Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail > aku da jangka dia menang
10. Pelakon TV Wanita Popular - Nabila Huda > aku da jangka dia menang
11. Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan Razak
12. Penyanyi Wanita Popular - Shila Amzah > aku da jangka dia menang
13. Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
14. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Search
15. Penyanyi Lelaki Popular - Hafiz
16. Pelakon Filem Wanita Popular - Yana Samsudin > aku da jangka dia menang
17. Bintang Paling Popular Berita Harian 2012 - Shaheizy Sam

congratesssssssssssssss......

Friday, 5 April 2013

Pembubaran parlimen

akhirnya..perlimen 2013 sudah bubar..kat opis ni siap ada yang tepuk meja suka bila parlimen da bubar..almaklum la dia ni penyokong tegar pakatan rakyat walaupun keje kerajaan..makan gaji kerajaan..uhuhuhuhu

bila bubar macam2 org update status kat fb..ada yang sokong ada yang tak...macam macam...penantian demi penantian akhirnya da kua berita...serius rasa takut plak PRU 13 ni..mcm2 kat kepala otak...risau..takut...



so jangan lupe gi mengundi yer nanti..tunaikan tanggungjawab anda!!

Monday, 1 April 2013

Girls on vacay....Tour Day 1 part 2


Part 2

ok..sambung citer balik pasal bandung...lepas si ilham pick up kitaorg di airport aku suggestkan ilham bawak kitaorg terus ke Rumah Mode kalau ikutkan iternarary aku buat tuh..tapi ilham kata ahad rumah mode ramai org jakarta turun..so dia kata why not terus ke PasBar..Pasbar tu org bandung means Pasar Baru..sbb sini semua suka ckp pendek2...kalau Dugem means dorang maksudkan Dunia Gemerlapan..tu kira disko la..ahahahhahaha..

memandangkan si lawyer emy lebih dari 5 kali ke bandung so aku tugaskan dia banyak ckp ngan supir..dan dia paham slang2 sini..uhuhuh..so terus ke parking Lantai 3..tibe2 kua sorang mamat comel tp tegap..nama nya Ben...geng2 si ilham..ilham mention si Ben ni yg akan bawak rombongan kak eton ukur setiap kedai di setiap lantai di pasbar..huhuhuhu...sangat frendly si ben ni..nanti aku kasik up pic dia...

aku suka giler yang kelabu tu..exclusive giler..price pun mahal gak
Ben terus tanya nak cari ape yang pertama..aku cakap telekung la dulu..yg pentingkan..so dia terus gi Lantai 1 kedai Ernalem..kedai kakak marlina..so far harga not bad..tawar menawar berjalan dengan lancar sekali..telekung je aku da spend almost 1juta ++ ..ni majoriti budak opis yang kirim..yang kirim 4 telengkung dewasa..1 budak..then aku belikan mak aku telekung travel (dia da pesan awal2 tak nak telekung just yg kecik untuk letak dlm beg tangan) dan 2 helai untuk bos-bos aku....

macam-macam ada
Last year aku pergi tu kedai cam 5juta..ke 500 juta nama kedai dia..aku pun lupa lantai berapa..tapi ben kata kedai kak marlina ni ok.kitaorg 5 orang apa lagi beli la..ko bayangkan aku sorang je da 1 juta..5 orang tak ke akak ni dpt 5juta ++..telekung mmg murah2..yang sulam2 exclusive kat mesia org jual seratus lebih 200 lebih sane dalam rm 100 leh dapat..nak wat pasahan nyer pun leh dpt dalam rm 50-80 dapat je yg sulam cantik2..giler wei tengok...kalau korang gi alang2 beli la yg mahal sikit kain nyer cam cotton paris atau japanese cotton..mahal sikit tapi kain nyer sedap dan selesa...

giler tgk baju sulam
setel bayar semua ben da standby marker pen..tulis siap2 nama kat beg plastic supaya tak confuse..then ben ngitipkan beg ni b4 bawak kitaorg gi kedai sulam plak..ngitip tu means tumpang letak barang...telekung2 yang borong tadi letak je kat kedai akak tu nanti ben dtg balik pungut..so kitaorg akan berlenggang je la lepas shopping..terus ke Lantai 4 kalau tak salah..mission cari baju sulam + lace yang murah bangat...

sebab kan last year aku beli baju sulam 2 da..so kali ni aku tukau mode..no more sulam bukit tinggi..no more sulam jarum peniti..mula2 tgk je ayin shopping bagai nak giler sbb nak balik mesia jual kat opis..huhuhu...emy pun naik giler..aku berpecah ngan dorang gi survey2 kedai lain....ben ikut aku dr belakang sambil remind "kakak..beg nya hati-hati nya..harus sentiasa diletakkan di depan".huhuhuhuh...aku tak jalan jauh la takut lost dr dorang..tapi so far aku masih ingat lagi kedai2 yg aku gi tahun lepas..

so kali ni aku just beli baju cotton sulam butterfly..corak baru tuh..beli 2..1 nak kasik kakak aku...

aneka warna da sulam..bawak 10juta pun tak cukup..huhuhu

kedai abg ni paling murah..last year pun aku gi sini

blouse kaftan

so mmg kitaorg akan menyusur setiap kedai di setiap lantai...lantai tu kira 'tingkat' la dlm bahasa indon...lepas shopping kedai sulam dalam kul 1 lebih perut da didih..so gi lantai 6..food court..

kalau tgk foodcourt dia cam geli..ye la ada kedai cam bersih ada kedai cam kotor..so far tahun lepas dan kali ni ben bawak aku kedai makan yang same..maybe pak angga nyer supir ni akan bawak mane2 tourist mkn kat situ..kedai dia belakang sekali dengan ngan kedai beg2..dia nyer tokey muka cam jepp sepah..seriusssssss..

bila kitaorg gelak2 ckp muka dia..dia pun ckp jepp maharaja lawak ke..means ramai la tourist malaysia tegur muka dia..huhuhuhuhu..mcm biasa menu aku set ayam penyet...ayam dorang alahai...kecik bebeno..ayam kampung la katakan..yg penting sambal dia tu yg tangkap leleh...masing2 order set ni..cuma fazie hanya makan ayam sahaja..ayin makan bawal masak kicap sambal...almaklum la dorang tgh pantang nasik..then kitaorg order gado2..sedappppppppppppppppppppppppppp...

ni set ayam penyet...complete ada batagor(tahu)+sayur+tempe+sambal+ayam

lepas makan sambung shopping..ckp je kedai ape..semua masuk..kedai sulam..telekung..lace..cotton..kain ela..tudung..semua masuk...sediakan duit je...huhuhuhuhh...bila perut kenyang senang hati nak cari kain lagi..then gi kedai Sona..cotton terbaek kat sona ni..nak tau kedai dia Lantai 2 sebelah kedai d'fabric yg jual lace2 tu..owner dia india dr jb..jadik giler cam tgk cotton2 cantik..budak2 kat sebelah sebok beli lace..memandangkan aku da borong lace tahun lepas tahun ni malas nak beli..murah siot..lace yg aku beli tahun lepas tuh da half price..sengal!!

laceeeeeeeeeeeeee
laceeeeeeeeeeeeee.....sediakan duit je..

kedai D'fabric ni besooooooo...3 pintu...lace je 1 section

kedai Cotton Sona..exactly sebelah kedai D'fabric
macet giler...pack kan...

dlm lift takde keje
setel semua barang dpt..last kedai mission nak cari tshirt bodo je..buat ole2...kedai dia tak ingat lantai berapa..tapi yg aku tau kedai tshirt bodo ni norshe shopping sakan..kedai depan dia la aku beli kopiah bapak aku..n kedai sebelah dia si fazie + emy beli set sabun creme muka..sbb cewek yg jual muka nya cantik sekali..huhuhuhu

kedai tshirt bodo...

kedai ni la aku beli kopiah abah

dalam kul 4 camtu semua da surrender sebab da abis berjuta2 kat pasar baru ni..so decide balik hotel..for uolsss nyer info kitaorg stay kat guest house je..tapi standard guesthouse cam hotel..lawa..selesa..bersih amattttttttttttt.....cume takde pool korang nak berendam jeeeeee...sbb pikir wat pe spend duit mahal2 tido sebab kua pagi balik nunnnnnnnnnn malam...kene bijak sikit bila tang duit ni..hahahah...ok..nanti sambung lagi part 3..see yaaaaaaaa


tengokkkkkkk...yang bungkus2 tu tangkapan hari pertama di pasar baru sahaja!!

beg hitam beg telekung..kelabu lace..putih tshirt+baju2 sulam

see yaaaaaaaaaaaaaaaa.....